Friday, 29 June 2012

Soto Ayam

Soto Ayam



Bahan-bahan nya:

Nasi impit
3 bungkus nasi impit (brand nona)

Bagedel
3 biji kentang - dipotong nipis
200 gm daging cincang
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
garam secukup rasa
1 biji telur

Sup soto
1 sudu kecil halia
1 sudu besar bawang putih
1 sudu besar bawang merah
1 sudu kecil serbuk ketumba
1 sudu kecil serbuk jintan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar rempah sup
2liter air
garam secukup rasa
500 gm ayam (bahagian dada)

Sambal kicap
20 biji cili api
1 sudu kecil bawang putih
1 sudu besar bawang merah
1/2 cawan kicap masin

Method:

Nasi impit
1) Rebus nasi impit selama sejam ke sejam setengah sehingga masak..
2) Kemudian kering dan sejukkan nasi impit sebelum dipotong selama 2 jam..

nasi impit da siap~~

Bagedel
1) Goreng kentang sehingga masak, dan tos kan.. then tumbok sampai lumat..
2) Gorengkan daging cincang tanpa mintak smpai daging masak..
3) Gaul kan kentang lumat, daging masak bersama lada hitam, lada putih dan garam..
4) Da sebati, buat bulat-bulat kecik..
5) Salut kan dengan telur..
6) Gorengkan mereka bersama minyak yang panas..
7) Da siap, tos kan die..


kentang sedang dimasak

daging cincang dimasak smpai kering

Bagedel bulat-bulat



Begedel yang da siap digoreng

Sup soto
1) Tumis kan halia, bawang putih dan bawang merah yang dihiris..
2) Masokkkan serbuk ketumba,jintan,kunyit dan rempah sup..
3) Then masokkan air, ayam dan garam..
4) Bila ayam da masak, keluarkan ayam yg empok tu..
5) Ayam tu carik-carik.. So da siap ayam dan sup soto.. :)

isi ayam yang di carik-carik


Sambal kicap
1) Tumbuk cili api sampai lumat..
2) Tambah bawang merah dan bawang putih..
3) Last skali masokkan kicap masin..Then kacau2 sampai sebati..siap!!


note:
sesiapa yang suke makan letak taugeh, bole la tambah..celur taugeh yg da di cuci tu.. Then bole hidang ngan soto ayam ni.. :)


SELAMAT MENCUBA!!


Ikan masak kicap

Ikan masak kicap



Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembong - disiang
kunyit
garam secukup rasa
2 biji cili hijau - dihiris
6 biji cili padi - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan kicap masin
1/2 cawan kicap manis



Method:

1) Goreng ikan dengan kunyit dan garam sampai masak.. then tos kan..
2) Panaskan minyak, then tunis bawang, cili hijau dan cili padi..
3) Masokkan kicap manis dan masin.. Tambah garam sikit.
4) Last skali masokkan ikan yg da goreng td.. Siap!!




Ikan yang sedang digoreng~~

Ikan yg dimasokkan selepas bahan2 lain di tumis (last stage)

SELAMAT MENCUBA!!

Sardin

Sardin


Bahan-bahan nya:

3 sudu besar cili kering - dikisar
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu besar serbuk kunyit
1biji bawang besar - dihiris
garam secukup rasa
1 tin sardin (ayam brand)

Cara-cara nya:

1) Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai kuning..
2) Tumis cili kering sampai naik minyak..
3) Masokkan kunyit dan air.  Tumis sampai wangi..
4) Then masokkan asam jawa dan garam..
5) Last skali masokkan sardin besama sos tomato dr dlm tin sardin 'Ayam Brand' tu..

SELAMAT MENCUBA!!




Daging black pepper

Daging black pepper


Bahan-bahan nya:

1 sudu besar bawang putih - dikisar
2 sudu besar bawang merah - dikisar
1 sudu kecil halia - dikisar
1 cawan sos tiram
2 sudu besar lada hitam - dikisar
400 gm daging - potong kecil
1 biji kentang - potong dadu kecil
garam secukup rasa

Method:

1) Rebus daging dan kentang sampa masak..then tos kan die..
2) Panas kan minyak, tumis bwg merah, bwg putih dan halia sampai wangi..
3) Masok kan sos tiram, lada hitam dan garam..
4) Masok kan daging dan kentang yg da empok td ngan air sikit..
5) Then da sebati..siap.. :)

SELAMAT MENCUBA!!

Paprik

Paprik



Bahan-bahan nya:

2 sudu besar cili kering - dikisar
2 sudu besar bawang merah - dikisar
1 sudu kecil bawang putih - dikisar
1 biji bawang merah - dihiris bulat
1 biji serai
5 biji cili api
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
200 gm ayam - potong kecil
3 ekor sotong - potong kecil
200 gm daging - potong kecil
6 ekor udang
1 biji tomato
3 helai daun limau
1 jambak brokoli
8 biji kacang buncis
4 biji jagung kecil
garam


Cara-cara nya:

1) Goreng bahan2 dikisar (cili,bwg putih dan bawang merah) sampai wangi..
2) Masokkan sos tiram dan sos cili..
3) Then masokkan ayam, daging, sotong ngan udang.. Tambah air sikit..
4) Da nmpak nak masak, masok kan daun limau, hirisan bawang dan serai..
5) Masok kan garam jugak..
6) Da cukup rasa, baru masok kan sayur-sayuran..
7) Da siap!!

SELAMAT MENCUBA!!



Wednesday, 20 June 2012

Spaghetti

Resepi Spaghetti (pedas sikit je)..

Bahan-bahan nya ialah:

2 botol besar Prego traditional
1 paket daging cincang (400gm)
1 biji bawang besar - dicincang
4 biji bawang putih - dicincang
8-10 biji cili padi (ni pedas sikit je..kalau nk pedas lg,tambah lg) - dicincang
3 sudu kecik gula
1 sudu kecik garam
1 tin cendawan
1 paket spaghetti noodle
Butter
Serbuk cheese


bawang putih and cili padi dicincang

daging cincang and sos prego

cendawan satu tin

Spaghetti noddle





Method:

Spaghetti Sauce

1) Cuci daging cincang yg lembut then masokkan dalam kuali..masak tanpa minyak sampai masak and kering..
2) Pastu masokkan bwg putih, bwg besar ngan cili padi. Gaul dgn daging sampai sebati..
3) Then masokkan sos Prego.. Kacau-kacau.
4) Then masok garam ngan gula.. Rase sikit..kalau da ok, masokkan cendawan sahaja (tanpa air dlm tin tu)
5)Pastu da siap sos spaghetti.. :)


tumisan daging cincang, bawang dan cili padi

sos spaghetti da siap~~ :)


Spaghetti Noodle

1) Rebus Spaghetti Noodles sampai masak..
2) Tapis noodle tu sampai kering..
3) Then gaul kan noodle dengan butter. So that noodle tu tak melekat bile da lama..




SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, 16 June 2012

Ayam Masak Merah

Resepi AYAM MASAK MERAH..
 

Bahan-bahan utk buat ayam masak merah ialah:
4 ketul ayam
5 biji bunga cengkeh
1 kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu cili kering -dikisar
2 sudu bawang besar -dikisar
1 biji bawang besar -hiris bentuk bulat
3 sudu cili sos 3 sudu tomato sos
1 biji serai -diketuk
2 sudu kecik gula melaka (kalau xde,pkai gula biase pn ok jer)
1 sudu kecik garam daun pandan serbuk kunyit


 
Potong bawang besar bntuk bulat

 Cara-cara:

1) Ayam tu kacau dgn serbuk kunyit and garam utk buat ayam goreng..
2) Panas kan minyak kat kuali utk masak ayam goreng..
3) Goreng ayam tu dgn api sederhana sampai ayam masak..
4) Keluarkan ayam goreng.. Letak kat tepi dulu..
5) Kuali baru, letak minyak sikit pastu goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga and bunga lawang..
6) Pastu masokkan cili kering ngan bawang merah kisar..goreng sampai naik minyak..
7) Then masokkan cili sos ngan tomato sos..
8) Pastu masokkan serai ngan air sikit..
9) Masokkan gula melaka, daun pandan, garam and bwg hiris..
10) Last sekali masokkan ayam yg da goreng td..
11) Then siap..bole hidang and makan...


 
 Ayam tengah goreng~~

 
Bumbu-bumbu ayam masak merah sebelum masok ayam goreng..

   
Ayam masak merah yang da siap masak.. :)


 SELAMAT MENCUBA!!